Skip to main content

Majlis Pra Graduasi Anis

Sedihnya anis tak dapat ikut serta Trip Melaka dan Legoland. If tak disebabkan anis ada Majlis Pra Graduasi Tabika Kemas Daerah Hulu Selangor pada hari tersebut 31 Oktober 2015 bertempat di Dewan Serbaguna Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu.Pasti anis akan join trip tersebut bersama aina.

Tak pelah anis yang penting anis terima scroll dan dan yang paling best sangat..Apa dia? Papa anis yang serahkan scroll tersebut. Kembang kempis hidung anis masa naik atas pentas hari tu. 

Mak ai ramainya kanak-kanak cilik yang menerima sijil pada hari tersebut. Terpaksa lah kami ibu bapa ada yang duduk bersila di atas lantai.Sesi petang je dah seramai 324 orang. Jumlah keseluruhan termasuk sesi pagi seramai 624 orang.

Kelass u all...ada anugerah olahragawan dan pelajar terbaik menghafaz surah lazim.Rasa terkilan jugalah sebabnya teks ucapan yang di baca oleh MC bahawa ini julang kali pertama kanak-kanak ini terpilih mewakili Selangor ke peringkat Kebangsaan dalam  acara bola jaring. Pada hal sebelum ini ada pelajar yang telah terpilih mewakili negeri Selangor. Kita throwback. Baca link ini

Sabar je lah kan..Nak buat camne.Itu 2 tahun lepas punya cerita.Bukan aina sorang je yang terpilih. Sebenarnya 4 orang termasuk 3 orang dalam acara futsal.

Oklah kita tinggalkan kenangan buat anak-anak yang telah berjaya terpilih ke peringkat kebangsaan. AB nak belanja picture anis sepanjang graduasi tersebut;

Pra Graduasi Kemas
Apa lah yang difikirkan tu..kakak tak ada ye anis..
kakak enjoy di legoland..

Pra Graduasi Kemas
Memasing dah resah..lambat lagi ke..Memang pun..sekolah terakhir
yang menerima sijil.

Pra Graduasi Kemas
Eeh papa kita ke tu..Oh ye.. Papa Anis telah dilantik sebagai
Pengerusi Tabika kemas Ulu Yam Bharu 1..next year ada lagi ye..
Pra Graduasi Kemas
Yeaaa..Monday cuti..apasal parents tak happy ..Mama
lagi happy kan anis..
Pra Graduasi Kemas
Kengkawan yang akan naik darjah satu next year..
Tahniah anis..Tahniah semua..
Oh ye..acara penyerahan sijil ini telah diiringi oleh persembahan
muzik Cak lempong.Inilah kakak-kakak manis.Terima kasih.
Cepat sangat masa berlalu.Tahun depan anis akan naik darjah satu sekolah pagi dan petang.Tahniah anis.Mama dan papa akan doakan kesejahteran,kejayaan dan kebahagian anis dunia dan akhirat.

Love you sayang..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet